TelBru raikan 150 klien korporat

TelBru raikan 150 klien korporat

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Telekom Brunei Berhad (TelBru), hari ini, telah menghoskan Majlis Makan Tengah Hari bagi kira-kira 150 klien korporatnya di Empire Hotel & Country Club, Jerudong, sebagai penghargaan atas sokongan berterusan mereka dan menjadi pelanggan tetap.

Menurut kenyataan TelBru, dijadualkan sebagai acara tahunan, majlis berkenaan juga memainkan peranan sebagai platform bagi peluang-peluang rangkaian dalam suasana informal di antara dan kalangan jemputan.

Dalam pada itu, ia juga memberi peluang kepada TelBru untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatannya yang berkaitan dengan IT direka khusus bagi korporat tempatan dalam pelbagai bidang.

Selain daripada pembentangan Perkhidmatan-perkhidmatan Perusahaan TelBru yang memfokuskan mengenai kejayaan-kejayaan syarikat yang telah menangani keperluan IT klien termasuk penyelesaian bagi pengurusan sumber manusia, kepada pusat-pusat data serta konsultasi-konsultasi peringkat perusahaan, TelBru juga telah mengambil peluang untuk mengongsi peristiwa-peristiwa penting bagi tahun 2016.

Antara peristiwa penting berkenaan termasuk Pelancaran Perkhidmatan WiFi Seluruh Negara, Inisiatif Negara Pintar dan sebagainya, serta perkhidmatan-perkhidmatan nilai tambah seperti pengenalan Facebook Unlimited baru-baru ini.

Ketua pegawai pemasaran, Lim Ming Soon (tengah) bergambar ramai bersama para tetamu dan kakitangan TelBru.
Ketua pegawai pemasaran, Lim Ming Soon (tengah) bergambar ramai bersama para tetamu dan kakitangan TelBru.

ARTIKEL YANG SAMA