TelBru, RBTS bertahlil di Kubah

TelBru, RBTS bertahlil di Kubah

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jun – Lebih 100 orang pegawai dan kakitangan dari Telekom Brunei Berhad (TelBru), hari ini, menghadiri Majlis Bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan juga selaku Pengerusi TelBru, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah.

Majlis Bertahlil, Membaca Surah Yasin dan Doa Arwah berkenaan diadakan bersempena bulan Ramadan dan ia merupakan antara aktiviti keagamaan TelBru yang sudah dirancang setiap tahun.

Sementara itu, turut mengadakan Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja, ialah rombongan dari Royal Brunei Technical Service ( RBTS).

Warga TelBru ketika bertahlil di Kubah Makam Diraja.
Warga TelBru ketika bertahlil di Kubah Makam Diraja.

Lebih 50 orang pegawai dan kakitangan dari Ibu Pejabat, Pejabat Logistik, Pejabat Salar, Pusat Latihan Simulasi Penanjong dan Paintball yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif RBTS, Kolonel (B) Muzri Haji Mokhsin telah menghadiri majlis tersebut.

Majlis berkenaan dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Kapten (B) Haji Mohammad bin Haji Mohd Daud. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Arwah.

ARTIKEL YANG SAMA