TelBru taja dua pelajar UBD

TelBru taja dua pelajar UBD

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Dis – Telekom Brunei Berhad (TelBru) telah mencapai satu lagi kejayaan dalam sumbangannya kepada pendidikan tinggi Brunei dengan penandatanganan perjanjian bersama dua pelajar Universiti Brunei Darussalam (UBD) di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai
Mac lalu.

Menandatangani bagi pihak TelBru ialah Ketua Pegawai Eksekutif, David Kay dan Ketua Sumber-sumber, Dayangku Surayani binti Pengiran Haji Tajuddin dengan disaksikan oleh tetamu kehormat majlis, Penolong Naib Canselor Korporat dan Pentadbiran di UBD, Hajah Rubiah binti Yacub.

Dalam majlis penandatangan yang diadakan di Pusat Pembelajaran TelBru, Berakas, hari ini, dua mahasiswa Fakulti Integrasi Teknologi (FIT), Tan Chien Loong dari Tahun 4 dan Awang Muhamad Afieq bin Rosle dari Tahun 3 kini diiktiraf sebagai pelajar tajaan TelBru.

David Kay mengucapkan tahniah kepada Tan Chien Loong sambil disaksikan oleh Hajah Rubiah.
David Kay mengucapkan tahniah kepada Tan Chien Loong sambil disaksikan oleh Hajah Rubiah.

Dengan menyertai program tajaan berkenaan, pelajar-pelajar kejuruteraan yang sedang mengambil ijazah sarjana muda dalam bidang Sistem Komunikasi Maklumat akan diberikan peluang-peluang latihan praktikal ketika penempatan kerja bersama TelBru, menjadikan mereka lebih boleh dipasarkan dan sedia bagi perkhidmatan sebaik sahaja tamat pengajian.

Sebahagian daripada inisiatif ini, selain menggalakkan sektor swasta mengambil pekerja tempatan, adalah untuk memperkenalkan dan menanam kepercayaan dalam kalangan orang ramai, terutamanya pencari kerja dan graduan tempatan, bahawa TelBru adalah majikan pilihan di Brunei, terutamanya dengan komitmennya dalam menggembangkan bakat tempatan dan sokongan syarikat bagi pembangunan sumber manusia selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

ARTIKEL YANG SAMA