TelBru terbit surat berita Bytes

TelBru terbit surat berita Bytes

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mei – Dalam usaha mencapai lebih daripada 900 kakitangannya di seluruh negara, TelBru telah menerbitkan surat berita pertamanya dinamakan sebagai ‘Bytes’ bagi tahun 2015.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh TelBru, surat berita yang mempunyai 20 halaman ini mengetengahkan aktiviti-aktiviti syarikat dengan memuatkan artikel-artikel yang ditulis sendiri oleh kakitangannya dan profil individu yang telah memberi sumbangan yang berbeza kepada syarikat dan masyarakat.

Dalam mesejnya, Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Kay berkata penerbitan itu direka untuk memberi maklumat kepada kakitangan mengenai aktiviti-aktiviti syarikat.

Selain itu, tambah beliau, ia juga bertujuan sebagai platform bagi kakitangan untuk mengongsikan pandangan dan idea serta cerita-cerita mengenai kejayaan dan pencapaian peribadi individu, dan memaklumkan para pelanggannya mengenai inisiatif-inisiatif yang berlaku di TelBru.

Surat berita yang diterbitkan setiap suku tahunan oleh unit perhubungan korporat dan hanya diedarkan kepada kakitangan syarikat di keempat-empat daerah juga akan termasuk kod QR bagi mereka yang inginkan salinan elektronik.

Ia juga bagi melengkapi penggunaan media lain yang sedia ada seperti radio, TV, surat khabar, Facebook dan Instagram untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti, perkhidmatan dan produk TelBru.

ARTIKEL YANG SAMA