TelBru turut mengimarahkan Ramadan

TelBru turut mengimarahkan Ramadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Telekom Brunei Berhad (TelBru) turut tidak ketinggalan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran, berbuka puasa dan sembahyang Maghrib berjemaah bagi kakitangannya sempena bulan Ramadan ini, yang diadakan di Masjid Kampung Beribi.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kewangan, selaku Pengerusi TelBru, Dato Paduka Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah.

Turut hadir ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan TelBru.

Majlis Khatam Al-Quran berkenaan telah diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada lima orang anak yatim kakitangan TelBru dan penyerahan wakaf berupa penyaman udara dan alat pemadan api kepada masjid berkenaan, yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.
Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA