TelBru uji kecekapan kakitangan

TelBru uji kecekapan kakitangan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Dalam usahanya memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan, TelBru mengadakan Peraduan Kuiz Antara Jabatan 2015 bagi kakitangannya dengan pusingan awal melibatkan 16 pasukan empat hari berturut-turut dan berakhir semalam di Hotel Orchid Garden.

Peraduan itu bertujuan memastikan kakitangan mempunyai pengetahuan mendalam dalam produk, perkhidmatan dan fungsi syarikat agar mereka dapat memberikan maklumat tepat kepada para pelanggan dan memprosesnya dengan lebih efisien.

Ia juga meningkatkan pembelajaran mengenai syarikat dalam cara kompetitif dan menyeronokkan selain memberi peluang kepada kakitangan untuk bertemu pihak pengurusan kanan dan rakan sekerja daripada unit perniagaan lain.

Dua pasukan dari Divisyen Pemasaran dan Jualan dan dua lagi dari Divisyen IT layak ke pusingan akhir. Peraduan itu dimenangi pasukan IT, ButterCrunch yang meraih sebuah trofi dan wang tunai $800.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, David Kay.

Peserta dan kakitangan terlibat juga dijamu dengan hidangan bufet dan menerima pelbagai hadiah kejutan.

David Kay (2 kanan) bersama pasukan ButterCrunch yang memenangi peraduan itu.
David Kay (2 kanan) bersama pasukan ButterCrunch yang memenangi peraduan itu.

ARTIKEL YANG SAMA