Telefon pintar atasi komputer riba

Telefon pintar atasi komputer riba

LONDON, 6 Ogos – Telefon pintar memintas komputer riba sebagai cara terpilih warga Britain melayari Internet, didorong pemerolehan peranti yang meningkat dan pertambahan dalam langganan jalur lebar peranti, menurut pengatur telekom Britain hari ini.

Satu pertiga daripada orang berkata mereka beralih kepada telefon pintar terlebih dahulu untuk melihat-lihat Internet, memasuki media sosial atau membeli-belah online, sementara 30 peratus membuka komputer riba, kata Ofcom. Setahun lalu, 40 peratus memilih untuk menggunakan komputer riba dan 22 peratus telefon pintar.

Orang ramai juga menghabiskan masa yang lebih lama menggunakan iPhone atau peranti Android mereka, menggunakan peranti tersebut selama

1 jam dan 54 minit setiap hari secara purata, katanya, dan satu pertiga pengguna menggunakan telefon pintar mereka dalam masa lima minit selepas bangun.

Ofcom berkata Britain telah melihat pemerolehan pesat dalam jalur lebar dalam tempoh setahun lalu, dengan peningkatan lapan kali ganda dalam langganan kepada 23.6 juta. Bagaimanapun, televisyen masih memenuhi kebanyakan keperluan hiburan orang ramai.

Orang menonton televisyen selama 3 jam 40 minit secara purata sehari, 11 minit kurang berbanding setahun lalu, kata Ofcom. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA