Telefon pintar Google akan dilancar

Telefon pintar Google akan dilancar

SAN FRANCISCO, 20 Sept – Google pada lewat semalam menghantar jemputan kepada satu acara pada 4 Oktober, memberi petunjuk bahawa syarikat gergasi Internet itu akan mempamerkan telefon pintar baru yang menggunakan perisian peranti Androidnya.

Jemputan e-mel itu hanya mendedahkan masa dan tempat perhimpunan di San Francisco, mesej diakhiri dengan titik warna biru, merah, kuning dan hijau.

Google menyiar mesej Twitter dengan hashtag#madebygoogle dan satu video yang kelihatan seperti kotak istilah gelintar segi empat tepat yang berubah menjadi bayang telefon pintar.

Penjejak industri telah menjangka Google mempamerkan telefon pintarnya sendiri pada Oktober, memaparkan kehebatan perisian Android versi Nougat barunya.

Google mungkin mengecap telefon pintar terbarunya dengan jenama “Pixel” dan bukannya nama “Nexus” yang telah digunakannya sebelum ini untuk telefon pintar Android yang dihasilkan dengan kerjasama rakan kongsi.

Gambar fail 18 April 2016 menunjukkan logo Google pada ekspo perdagangan elektronik. Google akan mempamerkan telefon pintar barunya yang menggunakan perisian peranti Android pada 4 Oktober ini. - AFP
Gambar fail 18 April 2016 menunjukkan logo Google pada ekspo perdagangan elektronik. Google akan mempamerkan telefon pintar barunya yang menggunakan perisian peranti Android pada 4 Oktober ini. – AFP

Telefon pintar Google akan dikeluarkan sebagai satu standard kepada firma pengeluaran peranti Android, dan akan dilancarkan beberapa minggu selepas Apple mulai menjual model iPhone 7 baru.

Telefon pintar Google yang menarik juga mungkin menjadi pesaing untuk menarik perhatian pembeli ketika musim membeli-belah cuti akhir tahun. Pemandangan di semua kedai Apple di seluruh dunia pada Jumaat lalu mengingatkan kepada hari-hari sebelum tempahan Internet menjadi satu kebiasaan dan orang berkhemah selama beberapa hari untuk menjadi orang pertama mendapatkan iPhone 7 dan 7 Plus daripada syarikat.

Keghairahan dipenuhi dengan kekecewaan disebabkan kekurangan iPhone 7 dengan skrin besar dan iPhone 7 warna jet-black, namun masih tidak jelas sama ada kekurangan adalah akibat permintaan yang kukuh atau bekalan yang terhad. Peranti itu mencarta satu haluan baru untuk syarikat teknologi itu dengan menghapus jek fon kepala, dilihat sebagai menetap trend untuk masa depan wayarles. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA