Telefon Samsung baru diganti terbakar

Telefon Samsung baru diganti terbakar

CHICAGO, 6 Okt – Sebuah penerbangan Amerika Syarikat telah dikosongkan menjelang hendak berlepas apabila Galaxy Note 7 milik seorang penumpang – yang dilaporkan sudah berganti dalam penarikan balik global Samsung – terbakar, mengakibatkan syarikat itu berdepan kontroversi baru.

Samsung sudah pun bergelut dengan penarikan balik 2.5 juta telefon Galaxy Note 7 akibat aduan bateri meletup, masalah penggantian telefon yang seharusnya diperbaiki.

Namun pada Rabu, penerbangan Southwest Airlines meninggalkan Louisville, Kentucky telah dikosongkan selepas telefon Samsung baru penumpang mula mengeluarkan asap.

Brian Green, pemiliknya, memberitahu laman web berita teknologi The Verge bahawa telefon itu sudah diganti, yang diambilnya pada 21 September. Dia juga memberikan gambar kotaknya, yang mempunyai simbol petak hitam menunjukkan yang ia adalah penggantian telefon sebelumnya.

Kira-kira 60 peratus pengguna AS telah menukar peranti mereka bagi penggantian pada penghujung bulan lalu.

“Sehingga kami mendapat balik alat berkenaan, kami tidak dapat mengesahkan insiden itu melibatkan Note7 baru,” kata Samsung dalam satu kenyataan. – AFP