Telekom Deutsche alami kemerosotan

Telekom Deutsche alami kemerosotan

BERLIN, 12 Ogos – Syarikat telekom Jerman, Telekom Deutsche semalam melaporkan satu kemerosotan dalam keuntungan bersih pada suku keduanya, dengan bayaran sekali gus menghapus kira pertumbuhan dalam pasaran utama Amerika Syarikat.

Keuntungan bersih merosot 12.8 peratus berbanding dengan tempoh April hingga Jun tahun lalu kepada 621 juta euro selepas kumpulan mencatat bayaran berkaitan dengan pengurangan kakitangan.

Namun pendapatan meningkat sebanyak 2.2 peratus kepada 17.8 bilion euro, kata syarikat, menghasilkan keuntungan operasi seperti yang diukur oleh EBITDA sebanyak 4.7 bilion euro – bertambah 3.6 peratus berbanding pada tahun sebelumnya.

Pertumbuhan didorong oleh divisyen T-Mobile AS, yang mendaftar dua juta pelanggan baru dalam tempoh tiga bulan.

Unit AS itu menambah pendapatannya 10 peratus kepada 8.2 bilion euro – hampir separuh daripada pendapatan keseluruhan kumpulan, dan lebih besar daripada jumlah yang diperolehinya di Jerman. – AFP