Telekom gergasi China ZTE merosot 16%

Telekom gergasi China ZTE merosot 16%

HONG KONG, 7 April (AFP) – Saham dalam syarikat telekom China ZTE merosot 16 peratus hari ini tatkala ia meneruskan perniagaan selepas AS mengumumkan satu siasatan mengenai pencabulan sekatan perniagaan ke atas Iran, yang diakui oleh firma mungkin membawa kepada liabiliti awam dan jenayah.

Washington mengenakan sekatan ke atas ZTE dan tiga syarikat yang berkaitan pada bulan lalu selepas siasatan mendakwa firma berkenaan mengeksport semula barangan terkawal dari Amerika Syarikat ke negara yang dikenakan sekatan termasuk Iran.

Kawalan mewajibkan ZTE, pengeluar peralatan telekom kedua terbesar di China, memiliki lesen tertentu sebelum menghantar barangan buatan AS ke syarikat induk atau tiga firma lain.

Tindakan tersebut mengancam liabiliti syarikat untuk membeli teknologi perkakasan dan perisian di AS.

“Siasatan masih diteruskan, dan mungkin membawa kepada liabiliti jenayah dan awam di bawah undang-undang AS,” kata pengerusi yang baru-baru dilantik oleh syarikat Zhao Xianming dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Hong Kong lewat semalam.

“Keputusan muktamad mengenai perkara di atas adalah tidak terjamin,” kata beliau.

Perniagaan dalam saham firma digantung pada 7 Mac selepas siasatan diumumkan.

Selepas diteruskan pada hari ini, ia merosot 15.96 peratus kepada HK$11.90 sebelum berpulih untuk mencecah pada HK12.86, merosot 9.18 peratus, pada waktu rehat.

ZTE pada Selasa melantik Zhao untuk mengganti Shi Lirong sebagai pengerusi, yang dilantik sejak 2010 tetapi dinamakan dalam dokumen AS menunjukkan bagaimana ZTE memintasi sekatannya.

Ia juga memecat dua eksekutif lain.

ARTIKEL YANG SAMA