Teleskop gergasi mengesan makhluk asing

Teleskop gergasi mengesan makhluk asing

BEIJING, 16 Feb – China akan memindahkan hampir 10,000 orang untuk memberikan ruang bagi teleskop radio terbesar dunia yang menjanjikan bagi membantu manusia mencari kehidupan makhluk asing, lapor media negara semalam.

Teleskop yang digelar FAST itu diletakkan di antara bukit di barat daya wilayah Guizhou, akan dijadualkan memulakan operasi pada tahun ini.

Pegawai–pegawai serantau berikrar untuk menempatkan semula, 9,110 penduduk yang tinggal dalam jarak lima kilometer dari peranti pendengaran itu pada September, menurut agensi berita Xinhua.

Penempatan semula itu akan “mencipta persekitaran gelombang elektromagnetik,” memetik pegawai tertinggi rantau, Li Yuecheng sebagai berkata.

Penduduk–penduduk akan menerima 12,000 yuan ($1,800) dalam subsidi bagi masalah yang mereka hadapi, dengan sebahagiannya mendapatkan bantuan tambahan bagi perumahan, katanya.

Gambar fail menunjukkan ketika teleskop itu masih dalam pembinaan pada 29 Julai tahun lepas. – AFP
Gambar fail menunjukkan ketika teleskop itu masih dalam pembinaan pada 29 Julai tahun lepas. – AFP

FAST, dibangunkan pada harga 1.2 bilion yuan, yang akan mengambil alih gelaran Arecibo Observatory di Puerto Rico sebagai teleskop radio terbesar dunia, yang memiliki sekitar 300 meter dalam ukuran diameter.

Xinhua sebelumnya memetik Wu Xianping, ketua pengarah Persatuan Astronomi China, sebagai berkata peringkat tertinggi kesensitifan teleskop itu “akan membantu kami untuk mencari kehidupan di luar galaksi”.

Pada masa lalu China telah menempatkan semula beribu orang untuk memberikan laluan bagi projek–projek infrastruktur terbesar seperti empangan dan terusan. Ramai yang mengadu bagi ganti rugi yang sedikit.

Kawasan yang menyelubungi teleskop itu adalah terpencil dan teruk. Xinhua sebelumnya berkata ia dipilih kerana tidak terdapat sebarang bandar–bandar utama.

Begitu juga sebagai meningkatkan pelaburan dalam astronomi, Beijing meningkatkan program penerokaan angkasa yang bernilai berjuta bilion dolar, dengan merancang bagi stesen orbit kekal pada 2020 dan misi manusia ke bulan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA