Teleskop radio terbesar dunia mula beroperasi

Teleskop radio terbesar dunia mula beroperasi

BEIJING, 25 Sept – Teleskop radio terbesar di dunia mula beroperasi di barat selatan China hari ini, satu projek yang menurut Beijing akan membantu pencarian kemanusiaan bagi kehidupan asing.

Teleskop Radio Aperture Spherical Lima ratus meter (FAST) yang terletak elok antara bukit-bukit rantau pergunungan Guizhou, mula berfungsi sekitar tengah hari, lapor agensi berita rasmi Xinhua.

Dibina pada kos 1.2 bilion yuan, teleskop ini mengatasi Balai Cerap Arecibo di Puerto Rico sebagai teleskop radio terbesar di dunia, dengan pemantul sebesar 30 buah padang bola sepak, lapornya.

FAST akan menerokai angkasa lepas dan mencari tanda-tanda kehidupan cerdas, tambahnya lagi.

China menyifatkan program angkasa lepasnya yang bernilai berbilion-bilion dolar dan dikendali oleh pihak tentera itu sebagai simbol kemajuan negara. Ia merancang stesen angkasa lepas kekal yang mengelilingi menjelang 2020 dan akhirnya misi dikendali ke bulan.

Gambar fail 24 September 2016 menunjukkan teleskop Aperture Spherical (FAST) sepanjang lima ratus meter di Daerah Pingtang, Wilayah Guizhou di barat daya China. Teleskop radio terbesar dunia FAST telah siap dan mula digunakan kelmarin. - Xinhua.
Gambar fail 24 September 2016 menunjukkan teleskop Aperture Spherical (FAST) sepanjang lima ratus meter di Daerah Pingtang, Wilayah Guizhou di barat daya China. Teleskop radio terbesar dunia FAST telah siap dan mula digunakan kelmarin. – Xinhua.

Sebelumnya, Xinhua menyatakan Wu Xiangping, ketua pengarah Persatuan Astronomi China, sebagai berkata bahawa darjah tinggi kesensitifan teleskop ini ‘akan membantu kita mencari kehidupan cerdas di luar galaksi.”

Pembinaan FAST bermula pada tahun 2011, dan para pegawai setempat pada Februari lalu berikrar akan memindahkan kira-kira 10,000 orang yang tinggal dalam jarak lima kilometer untuk mewujudkan persekitaran lebih baik bagi pengawasan.

Pada masa lalu China telah memindahkan beratus ribu orang untuk memberi laluan bagi projek infrastruktur besar seperti empangan dan terusan.

Kawasan yang mengelilingi teleskop adalah kawasan terpencil dan agak miskin. Sebelumnya Xinhua melaporkan ia dipilih kerana tidak ada bandar utama besar yang terletak berhampiran. – AFP