Teleskop terbesar dunia dibina

Teleskop terbesar dunia dibina

BEIJING, 24 Julai – China mula memasang teleskop radio terbesar di dunia, yang akan mempunyai piring sebesar saiz 30 padang bola sepak apabila siap, lapor media negeri ketika Beijing mempertingkatkan cita-citanya dalam ruang angkasa lepas.

Teleskop Radio Sfera Apertur (FAST) sebesar lima ratus meter terletak di lembah berbentuk mangkuk di antara bukit di barat daya wilayah Guizhou, gambar yang disiarkan di Internet menunjukkan.

Juruteknik mula memasang 4,450 panel berbentuk segi tiga kepada pemantul teleskop semalam, lapor agensi berita Xinhua.

FAST akan menjadi teleskop apertur terbesar di dunia, katanya, mengatasi Balai Cerap Arecibo di wilayah Amerika Syarikat (AS) Puerto Rico, yang mempunyai diameter 305 meter.

Bertahun-tahun lamanya ahli sains China telah bergantung pada data “terpakai” yang dikumpulkan oleh orang lain dalam penyelidikan mereka dan teleskop baru itu dijangka “mempertingkatkan” kapasiti negara untuk memerhati ruang angkasa lepas, kata Xinhua.

Gambar contoh teleskop radio Puerto Rico yang akan dibina oleh China. - Reuters
Gambar contoh teleskop radio Puerto Rico yang akan dibina oleh China. – Reuters

“Memiliki teleskop yang lebih sensitif, kami boleh menerima mesej radio yang lebih lemah dan lebih jauh,” ia memetik Wu Xianping, ketua pengarah Persatuan Astronomi China, sebagai berkata.

“Ia akan membantu kami mencari kehidupan pintar di luar galaksi dan meninjau asal-usul alam semesta.”

Beijing sedang mempercepatkan program penjelajahan angkasa lepas bernilai berbilion dolar, yang dilihatnya sebagai satu simbol kemajuan negara. Ia mempunyai rancangan untuk menubuhkan stesen orbit tetap pada 2020 dan akhirnya menghantar manusia ke bulan.

Piring itu akan mempunyai perimeter kira-kira 1.6 kilometer, kata Xinhua, dan tidak ada bandar dalam jarak lingkungan lima kilometer, sekali gus memberinya persekitaran yang ideal untuk mendengar kepada isyarat dari angkasa lepas.

Topografi karst rantau, landskap yang terdiri daripada rekahan batu dengan krevas dan gua dan sungai bawah tanah, adalah ideal untuk mengeringkan air hujan dan melindungi pemantul, tambahnya.

Pembinaan teleskop bermula pada Mac 2011 dan dijadualkan siap pada tahun depan, kata Xinhua. – AFP