Teluk perlu kurangkan perbelanjaan

Teluk perlu kurangkan perbelanjaan

DUBAI, 5 Mei (AFP) – Pengeksport minyak negara Teluk mesti mengurangkan perbelanjaan, termasuk subsidi, dan mempelbagai ekonomi mereka untuk menghadapi pendapatan lebih rendah berpunca daripada kemerosotan mendadak dalam harga minyak mentah, kata Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

Bagaimanapun, kerajaan berperlembagaan kaya itu, ‘tidak harus bertindak dalam cara mendadak untuk mengurangkan harga minyak,’ ujar ketua IMF Timur Tengah dan Asia Tengah Masood Ahmed kepada AFP dalam satu temu bual semalam.

Adalah lebih baik mereka ‘menyelaras secara beransur-ansur’ menggunakan simpanan kewangan besar yang telah dikumpul oleh mereka ketika penerimaan minyak yang amat banyak selama beberapa tahun, kata beliau di Dubai.

Namun tatkala harga minyak merosot lebih rendah daripada tahap pulang modal yang diperuntukkan, ‘adalah penting mereka mengurangkan secara beransur-ansur perbelanjaan mereka dan menggabung dasar fiskal mereka,’ kata Ahmed.

Harga minyak telah mengurangkan separuh daripada nilai mereka sejak Jun 2014, dan dijangka lebih rendah daripada tahap pulang modal untuk negara Teluk dalam tempoh tiga hingga empat tahun.

Pengarah IMF Jabatan Timur Tengah dan Asia Tengah, Masood Ahmed ketika menjawab persoalan jurnalis AFP. – AFP
Pengarah IMF Jabatan Timur Tengah dan Asia Tengah, Masood Ahmed ketika menjawab persoalan jurnalis AFP. – AFP

Majlis Kerjasama Teluk termasuk Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu – ekonomi yang banyak bergantung pada pendapatan minyak.

Satu lebihan belanjawan untuk tahun 2014 sebanyak $76 bilion dijangka berubah menjadi defisit sebanyak $113 bilion pada tahun ini, kata IMF dalam laporan serantau terbarunya.

Ramalan tidak menyumbang kepada kesan sampingan daripada konflik di Yaman, di mana gabungan pimpinan Saudi pada Mac melancarkan satu kempen udara ke atas pemberontak Syiah sebagai menyokong Presiden Abedrabbo Mansour Hadi.

“Mereka perlu bertindak untuk memantapkan usaha mereka untuk mempelbagai ekonomi mereka untuk menjadi kurang bergantung pada minyak,” kata Ahmed, menambah kebanyakan telahpun mengambil langkah sedemikian.

“UAE adalah lebih maju dari segi pempelbagaian. Negara lain juga cuba menggalak aktiviti sektor swasta di luar kawasan minyak.”

Negara GCC juga diminta supaya memotong subsidi minyak dalam usaha untuk meminimumkan perbelanjaan awam dan mencetuskan satu perubahan dalam tingkah laku pengguna.

ARTIKEL YANG SAMA