Tema masalah ...

Tema masalah global dalam festival Art Venice

SUASANA persekitaran yang moden namun masih dihantui dengan ‘Gangguan Global’ politik dan konflik? Begitulah yang diterapkan ke dalam tema pameran seni melalui festival Biennale yang diadakan untuk kali yang ke-57 tahun. Festival ini berfungsi untuk menerangkan akan kesan sebab akibat dengan pelbagai peristiwa sama ada dari isu masalah daripada Brexit kepada isu pemanasan global.

“Viva Arte Viva telah dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada hari Sabtu yang lalu di Venice dan pameran ini sebenarnya memberikan satu inti pati terhadap bantahan ghairah terhadap seni di dalam dunia yang penuh dengan konflik dan kekejutan,” kata kurator, Christine Macel kepada wartawan media semasa pembukaan rasmi festival berkenaan.

Ketua kurator, Pusat Pompidou di Paris, Macel telah membawa bersama-samanya sebanyak 120 artis daripada 50 buah negara dengan memberikan penekanan kepada usaha untuk menemui semula artis-artis hebat yang mungkin telah terlepas pandang berbanding berusaha untuk mencari artis yang sudah berkembang dan terkenal serta artis yang semakin meningkat.

“Apa yang pasti, cabaran Biennale adalah untuk memberikan gambaran terhadap perkembangan global yang dipertontonkan dalam persembahan seni di seluruh dunia,” tambah Macel lagi kepada wartawan AFP.

Antara mereka yang mempamerkan hasil kerja seni mereka ialah artis seni daripada Amerika Syarikat, Sheila Hicks, seni artis daripada Jerman namun lahir di Amerika Syarikat, Kiki Smith dan artis seni dari Denmark, Olafur Eliasson. Elafur terkenal disebabkan usaha keras beliau dalam menghasilkan seni lukisan matahari besar di Britain Tate Modern pada tahun 2003 dan air terjun New York pada tahun 2008.

Viva Arte Viva telah dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada hari Sabtu yang lalu di Venice dan pameran ini sebenarnya memberikan satu inti pati terhadap bantahan ghairah terhadap seni di dalam dunia yang penuh dengan konflik dan kekejutan. – AFP
Viva Arte Viva telah dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada hari Sabtu yang lalu di Venice dan pameran ini sebenarnya memberikan satu inti pati terhadap bantahan ghairah terhadap seni di dalam dunia yang penuh dengan konflik dan kekejutan. – AFP
Apa yang pasti, cabaran Biennale adalah untuk memberikan gambaran terhadap perkembangan global yang dipertontonkan dalam persembahan seni di seluruh dunia. – AFP
Apa yang pasti, cabaran Biennale adalah untuk memberikan gambaran terhadap perkembangan global yang dipertontonkan dalam persembahan seni di seluruh dunia. – AFP
Festival ini berfungsi untuk menerangkan akan kesan sebab akibat dengan pelbagai peristiwa sama ada dari isu masalah daripada Brexit kepada isu pemanasan global. – AFP
Festival ini berfungsi untuk menerangkan akan kesan sebab akibat dengan pelbagai peristiwa sama ada dari isu masalah daripada Brexit kepada isu pemanasan global. – AFP

Muzik dan emas

Artis seni dari Perancis, Loris Greaud cuba memberika penghormatan yang tinggi terhadap persekitaran bangunan kaca yang terkenal di bandar tersebut. Penghasilan seni itu dipaksa oleh Venetian dari Dewan Negara pada tahun 1291 untuk menyelesaikannya di Pulau Murano untuk melindungi rahsia sebuah industri dengan membawa sesuatu seni yang tidak dihidupkan kepada seni yang berupaya dihidupkan dalam sebuah hasil seni yang bertajuk ‘The Unplayed Notes Factory’.

Manakala seorang lagi artis seni kelahiran Switzerland, Julian Charriere, mungkin antara artis yang paling dikenali kerana telah mewarnakan bulu-bulu burung merpati hidup dan melepaskan mereka ke dalam Square Venice Saint Mark pada tahun 2015 dan telah membawa para pelawat ‘Space Fossil Future’ iaitu menara bata garam yang telah di ekstrak daripada deposit di Bolivia.

Di samping itu, pameran seni ini turut mempamerkan pertunjukan seni kontemporari yang mana telah meletakkan sebanyak 85 buah negara di astaka kebangsaan mereka sendiri di Biennale.

Kebanyakan penduduk Perancis telah merakam beberapa buah alunan muzik bersama dengan penggunaan instrument klasik, baroque dan muzik elektronik rakyat yang mana Perancis akan menjadi tuan rumah kepada lebih 100 pemuzik professional dari negara-negara yang berbeza semasa ekspo pameran seni itu dijalankan.

Namun apa yang pasti, para pengunjung berpeluang untuk mengunjungi pelbagai bentuk seni dalam beberapa sesi persembahan seni yang meriah.

Beberapa buah negara akan menunjukkan buat kali pertama di bandar Timur Laut Itali, dari Antigua dan Babuda ke Kazakhstan dan juga Nigeria.

Lampu hijau, disko hebat

Walau bagaimanapun, ia adalah agak mustahil untuk melepaskan diri daripada masalah dunia moden sama sekali walaupun pada Biennale.

“The Pavilion of Joys and Fears’ sebagai contoh, cuba meneroka perasaan baru dalam pengasingan kerana pihak migrasi terpaksa atau pengawasan secara besar-besaran dalam dunia yang terkejut dengan konflik, peperangan, meningkatkan ketidaksamaan dan kebangkitan populisme.

Namun isu itu turut didatangi dengan jenaka yang bertujuan untuk memberikan tenaga mereka yang mengalami perasaan ‘Blues’ pada abad ke-21. “Semasa gangguan global berlaku, seni merangkumi kehidupan dan seni adalah kubu yang terakhir,” tambah Macel lagi kepada wartawan AFP.

Di tengah-tengah usaha untuk menunjukkan seni beliau yang bertajuk ‘Green Light’, tayangan seni video itu memperlihatkan para pelarian dan pelawat datang bersama-sama dalam sebuah bengkel untuk memasang lampu yang telah direka oleh artis seni dan mempunyai cerita yang tersendiri.

Apabila krisis asing yang paling teruk berlaku semasa zaman Peperangan Dunia ke-2 melanda benua Eropah, ia mewakili lampu hijau yang berunsurkan metafora dan menggesa tanah air dan negara-negara lain untuk memberikan ruang kepada pelarian untuk mencari kedamaian dan ketenangan.

Berikutan dengan pilihan raya, Presiden Amerika Syarikat, artis seni dari AS, Charles Atlas mempamerkan kerja-kerja video skrin besar yang bertajuk ‘The Tyranny of Consciousness’ di mana rahsia ratu Lady Bunny menyuarakan unsur politik Amerika ke rentak muzik disko yang menakjubkan.

‘The Golden Lion’ merupakan satu pencapaian yang panjang dalam seumur hidup dipamerkan oleh artis seni AS, Carolee Schneemann yang mana seni beliau terkenal dengan menggunakan tubuhnya untuk mengkaji peranan keghairahan wanita dan penggulingan konvensyen penindasan sosial. ‘Festival The Venice Biennale diadakan di tahun ganjil di mana festival ini akan berlangsung sehingga 26 November tahun ini. – AFP