Temasya lumba perahu tradisional 29 Mei depan

Temasya lumba perahu tradisional 29 Mei depan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Peminat lumba perahu sekali lagi berpeluang menyaksikan kemeriahan acara berkenaan di Kompleks Sukan Air Serasa Muara tahun ini apabila Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan kembali lagi 29 Mei ini. Kejohanan edisi ke-32 anjuran Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERKEBAR) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan itu akan bermula dari jam 8 pagi hingga petang.

Sebanyak 14 kategori akan dipertandingkan untuk Antara Kementerian, Jemputan Syarikat Swasta dan Campuran Tempatan dengan acara kemuncak perlumbaan ialah Perahu Tradisi 30 Pekayuh.

Dalam kejohanan itu juga, sebanyak enam kategori acara perlumbaan Bot Tambang Tradisi dan Bidar akan dipertandingkan sebagai acara salingan.

Kejohanan ini menjanjikan lima buah ‘Piala Seri Utama’ sumbangan Mantan Menteri Perindustrian dan Sumber-sumber Utama, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar.

Selain piala, para pemenang akan diberikan hadiah berupa wang tunai dan piala iringan.

ARTIKEL YANG SAMA