Tembakan berhampiran konsulat Rusia

Tembakan berhampiran konsulat Rusia

ISTANBUL, 17 Nov – Dua orang cedera hari ini dalam tembakan yang tercetus di hadapan Konsulat Jeneral Rusia di Istanbul, lapor media tempatan.

Akhbar harian Haberturk melaporkan bahawa seorang lelaki telah melepaskan tembakan semasa pergaduhan berlaku di hadapan konsulat Rusia itu yang terletak di laluan sibuk Istiklal Street, menembak dua orang di kaki.

Pasukan polis telah dihantar ke tempat kejadian dan kejadian itu tidak berkaitan dengan konsulat Rusia, kata akhbar berkenaan, memetik laporan awal polis. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA