Tembakan di Paris, 2 cedera parah

Tembakan di Paris, 2 cedera parah

PARIS, 27 Sept – Menurut kenyataan polis, dua lelaki cedera parah ditembak di luar sebuah pasar raya di bandar barat Paris.

Seorang lelaki berusia 70-an itu melarikan diri dan berkurung di pangsapurinya selepas melepaskan tembakan di luar pasar raya Super U, dekat bandar Le Port Marly, menurut pegawai itu. Polis unit khas mengepung kediaman lelaki itu yang kemudiannya menyerah diri, tambahnya lagi. – AP