Tembakan di Seattle, 5 cedera

Tembakan di Seattle, 5 cedera

SAN FRANCISCO, 10 Nov – Lima orang cedera dalam tembakan di pusat bandar Seattle semalam, tetapi polis berkata kejadian itu seolah-olah tidak berkaitan dengan protes berhampiran yang membantah akan pemilihan Donald Trump sebagai presiden AS.

Bunyi tembakan berlaku kira-kira pukul 7 malam waktu tempatan (0300 GMT) di Third Avenue antara jalan Pine dan Pike manakala perarakan anti-Trump telah diadakan di bawah jalan-jalan berdekatan, lapor media tempatan.

Penolong Ketua Polis Seattle, Robert Merner memberitahu media bahawa tembakan itu tidak berkaitan dengan protes bantahan sama sekali. “Ia kelihatan seperti satu pergaduhan,” katanya.

Pegawai Polis Siasatan Seattle berada di tempat kejadian tembakan di pusat bandar Seattle, kelmarin. – AP
Pegawai Polis Siasatan Seattle berada di tempat kejadian tembakan di pusat bandar Seattle, kelmarin. – AP

Suspek tunggal, yang berada di kumpulan orang ramai berdekatan atau menyaksikan protes anti-Trump, terlibat dalam satu pertengkaran sebelum meninggalkan tempat itu dan menembak kembali ke arah orang ramai bersama dengan yang terlibat dalam pergaduhan itu, menurut Merner. Sekurang-kurangnya seorang mangsa daripada orang yang berada di kawasan kejadian.

Kesemua lima mangsa, empat lelaki dan seorang wanita, telah dibawa ke hospital dan dua daripada mereka mengalami kecederaan yang mengancam nyawa, kata Jabatan Bomba Seattle di Twitter.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan penembak masih berkeliaran bebas. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA