Tembakan di sekolah, pelajar sasar bunuh saudara tirinya

Tembakan di sekolah, pelajar sasar bunuh saudara tirinya

ALPINE, 14 Sept – Pelajar perempuan berusia 14 tahun yang menembak dan mencederakan seorang pelajar lain di sekolah tinggi West Texas, merancang menembak saudara lelaki tirinya, 14, sebelum membunuh diri, kata polis.

Namun, Ketua Jabatan Polis Alpine, Russell Scown, berkata rancangan berkenaan gagal apabila pelajar berusia 17 tahun terserempak dengan beliau yang bersenjata di bilik air wanita di Sekolah Tinggi Alpine.

Scown berkata, pelajar berkenaan membawa pistol separuh automatik sembilan milimeter, 18 peluru dan kelopak peluru dari rumah, semuanya disembunyikan dalam beg sandangnya. – AP