Tembakan di sekolah rendah AS, 3 cedera

Tembakan di sekolah rendah AS, 3 cedera

MIAMI, 29 Sept – Seorang lelaki remaja bersenjata, telah mencederakan tiga orang di sebuah sekolah rendah Carolina Selatan sebelum ditangkap, dan melakukan serangan tersebut selepas membunuh bapanya, kata pegawai-pegawai tempatan, kelmarin.

Remaja, yang mana pihak berkuasa belum mengenal pasti suspek tersebut, telah menembak dua kanak-kanak lelaki – masing-masing di kaki – dan juga seorang guru di bahu di Sekolah Rendah Townville di barat negara bahagian tenggara Amerika Syarikat (AS), pegawai setempat memberitahu wartawan.

Serangan dengan penggunaan pistol, dijalankan pada pertengahan petang, kelihatan telah berlaku di taman permainan, kata mereka.

“Siasatan masih di peringkat awal… penyiasatan dilakukan dengan perlahan, teratur dan teliti,” kata Kapten Garland Major Pejabat Anderson County Sheriff.

Siasatan pembunuhan masih sedang giat dijalankan ke atas kematian Jeffrey DeWitt Osborne, 47, bapa kepada penembak yang dikatakan tinggal kira-kira tiga kilometer dari sekolah, kata pejabat koroner Wilayah Anderson.

Ahli penguatkuasaan undang-undang menyiasat kawasan Sekolah Rendah Townville, kelmarin, di Townville, Carolina Selatan. – AP
Ahli penguatkuasaan undang-undang menyiasat kawasan Sekolah Rendah Townville, kelmarin, di Townville, Carolina Selatan. – AP

Pihak Berkuasa menerima panggilan daripada keluarga mangsa dan melaporkan kematiannya sejurus selepas penembakkan sekolah, katanya.

Penyerang soerang remaja itu ditahan dengan tanpa insiden dan tidak mempunyai isu perkauman atau kaitan dengan pengganas, kata datuk bandar itu kepada pemberita, sambil menambah bahawa samaada penembak itu mengalami penyakit mental.

Suspek mengadakan sesi pembelajarannya di rumah, dan tidak pernah menghadiri mana-mana sekolah di Sekolah Daerah Wilayah Anderson, kata polis.

“Pada kira-kira 1:45 petang, seorang individu bersama pistolnya telah memasuki premis Sekolah Rendah Townville dan mencederakan dua pelajar dan salah seorang daripada guru-guru sekolah itu,” kata Joanne Avery, Penguasa Empat Daerah Wilayah Anderson memberitahu semasa sidang akhbar. – AFP