Tembakan dilepaskan di pangkalan PBB

Tembakan dilepaskan di pangkalan PBB

JUBA, 18 Feb (AFP) – Beberapa lelaki bersenjata di Selatan Sudan membuka tembakan kepada orang awam yang berlindung di dalam pangkalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan beberapa dilaporkan terkorban, menurut penduduk yang tinggal di sana hari ini, dalam apa yang dianggap satu siri terbaru keganasan di negara yang dilanda peperangan itu.

Tembakan dilepaskan di dalam pangkalan di Malakal, timur laut semalam, dengan laporan-laporan tembakan berterusan hingga pagi tadi waktu setempat.

“Ia telah mengorbankan tujuh orang dan mencederakan 32 yang lain, termasuk seorang kanak-kanak yang mana ayahnya juga terbunuh,” menurut penetap Jacob Nhial, bercakap di dalam pangkalan PBB.

Ketua komuniti Deng Amum, memberitahu Radio Eye Juba bahawa sekurang-kurangnya lima orang telah terkorban dan 38 cedera dalam pertempuran itu. Para pemberontak juga melaporkan penembakan itum namun jumlah yang terkorban belum dapat secara bebas disahkan.

Penduduk dalam kawasan pangkalan PBB melarikan diri daripada kawasan pertempuran. – AFP
Penduduk dalam kawasan pangkalan PBB melarikan diri daripada kawasan pertempuran. – AFP

Lebih daripada 47,500 orang tinggal di dalam pangkalan Malakal, antara hampri 200,000 orang awam yang mencari perlindungan di belakang pagar lapan pangkalan OBB di seluruh negara itu sejak perang saudara bermula pada lewat 2013.

“Mereka menggunakan senapang Kalashnikovs dan mesingan… situasi kini masih tegang,” kata Nhial.Ia tidak secara serta-merta jelas siapa para penembak itu. Malakal berada dalam kawalan kerajaan namun barisan hadapan dengan kawasan-kawasan pemberontak begitu dekat.

Pada masa lalu, PBB berkata serangan-serangan pada pangkalan-pangkalannya di Selatan Sudan boleh dianggap jenayah perang.

Ahli politik pembangkang veteran Lam Akol, yang datang dari Malakal di timur laut negeri kawasan atas Nil, mengutuk apa yang digelarnya “tidak berhati perut dan serangan pengecut kepada orang awam yang tidak bersalah dan tanpa senjata.

ARTIKEL YANG SAMA