Tembakan maut semasa perhimpunan Sri Lanka

Tembakan maut semasa perhimpunan Sri Lanka

COLOMBO, 31 Julai (AFP) – Lelaki bertopeng dilengkapi senjata telah melepaskan tembakan ke arah perhimpunan pilihan raya yang diketuai oleh Menteri Kewangan, Ravi Karunanayake di bandar Sri Lanka hari ini, membunuh seorang wanita dan mencederakan 12 yang lain yang memerintah sebahagian aktivis, menurut polis.

Para penyerang berkenaan telah menembak ke arah khalayak ramai kira-kira 500 ke 600 orang yang menyokong Parti Nasional Bersatu (UNP), menandakan keganasan besar pertama menjelang pilihan raya parlimen 17 Ogos.

Sementara tidak ada yang bertanggungjawab atas serangan di Colombo itu, Karunanayake menyalahkan bekas penyokong kuat presiden Mahinda Rajapakse yang cuba untuk bertanding semula dalam pilihan raya itu.

“Lelaki bersenjata itu menaiki dua buah kenderaan dan lari dalam kenderaan yang sama selepas penembakan rambang,” kata jurucakap polis, Ruwan Gunasekera memberitahu AFP.

“Seorang wanita telah terbunuh dan 12 lagi cedera telah dimasukkan ke hospital Colombo National.”

Sumber hospital mengatakan dua mangsa dalam keadaan yang ‘sangat kritikal’.

Menteri mengatakan dia hanya ‘sesaat’ jauhnya dari tempat penembakan walaupun laporan awal polis mengatakan dia meninggalkan kawasan itu apabila lelaki bersenjata turun daripada dua buah kenderaan dan melepaskan tembakan sembarangan.

ARTIKEL YANG SAMA