Tembakan meriam 21 das dilepaskan

Tembakan meriam 21 das dilepaskan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Suasana pagi di Bandar Seri Begawan menjadi lebih menarik apabila orang ramai berpeluang untuk menyaksikan satu upacara yang penuh bermakna yang diadakan bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69, iaitu upacara melepaskan sebanyak 21 das tembakan meriam, pagi tadi.

Tepat pukul 8 pagi, pasukan yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Polis Tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Mardini bin Abdul Rahman bersama seramai 52 orang anggota Polis Tentera ABDB, melepaskan tembakan meriam 21 das itu.

Turut hadir bagi menyaksikan upacara berkenaan ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam​ dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Haji Mohd Sunadi bin Haji Buntar.

Majlis itu menarik perhatian orang ramai termasuk para pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan upacara yang penuh bermakna sebagai menandakan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan.

p05-3_20150716

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 yang berlangsung di ibu negara, pagi kelmarin.
Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-69 yang berlangsung di ibu negara, pagi kelmarin.

ARTIKEL YANG SAMA