Tembakan polis Nepal bunuh empat orang termasuk kanak-kanak

Tembakan polis Nepal bunuh empat orang termasuk kanak-kanak

Kathmandu, 16 Sept (AFP) – Seorang kanak-kanak berusia empat tahun merupakan antara empat orang yang terbunuh pada Selasa, apabila polis Nepal melepaskan tembakan ke atas orang ramai yang mengadakan berdemonstrasi menentang perlembagaan negara baru yang akan diperkenalkan pada minggu ini.

Polis berkata, mereka melepaskan tembakan selepas penunjuk perasaan membaling bom petrol dan batu ke arah pasukan keselamatan, menyerang kenderaan polis dan merosakkan balai polis tempatan di daerah selatan Rupandehi.

“Empat orang terbunuh apabila polis terpaksa menembak berikutan dengan keadaan yang boleh mengancam,” kata Ketua Polis Daerah Rajendra Dhakal kepada wartawan melalui telefon.

“Malangnya, di antara mereka merupakan seorang budak lelaki berusia empat tahun.”

Pertempuran sengit pihak polis dan penunjuk perasaan ketika cuba memecah masuk kawasan larangan berhampiran parlimen semasa protes menuntut pengisytiharan Nepal sebagai negara Hindu dalam perlembagaan baru di Kathmandu - Reuters
Pertempuran sengit pihak polis dan penunjuk perasaan ketika cuba memecah masuk kawasan larangan berhampiran parlimen semasa protes menuntut pengisytiharan Nepal sebagai negara Hindu dalam perlembagaan baru di Kathmandu – Reuters

Lebih daripada 40 orang terbunuh dalam pertempuran sengit antara polis dan penunjuk perasaan di dataran selatan Nepal yang meletus selepas parti-parti politik utama mencapai perjanjian yang bersejarah pada perlembagaan baru, di bawah tekanan untuk bekerjasama berikutan gempa bumi pada bulan April.

Ia termasuk 11 orang polis dan seorang anak pegawai polis yang berumur 18 bulan ditembak mati apabila penunjuk perasaan melepaskan tembakan di luar rumahnya.

Nepal mula bekerja pada perlembagaan negara baru pada tahun 2008, dua tahun selepas berakhirnya pemberontakan Maoist sedekad-panjang yang menyebabkan kira-kira 16,000 orang mati dan seterusnya melucutkan Nepal sebagai negara hindu yang sudah diwarisi 240 tahun itu.