Tembakan terhadap pekerja Southwest Airlines dirancang

Tembakan terhadap pekerja Southwest Airlines dirancang

OKLAHOMA CITY, 16 Nov – Lelaki bersenjata yang menunggu di luar Lapangan Terbang Dunia Will Rogers Oklahoma City telah menembak dan membunuh seorang pekerja Southwest Airlines dalam serangan terancang yang berlaku semasa beratus-ratus orang sedang menunggu penerbangan mereka, kata polis.

Michael Winchester, 52, ditembak ketika berjalan antara terminal yang penuh sesak dan kawasan letak kereta pekerja di lapangan terbang itu. Suspek yang tidak dikenali kemudiannya ditemui mati dalam trak pikap di tempat letak kereta awam. Polis berkata, suspek itu mati akibat tembakan diri sendiri.

Pegawai polis Oklahoma City, Kapten Paco Balderrama berkata penembak itu mengetahui jadual dan rutin mangsa. “Individu itu berada disana dan menunggu pekerja itu sama ada di baru datang atau pulang ketika itu dan mencari peluang yang ada,” kata Balderrama. Dia tidak pasti bahawa ia adalah satu serangan ‘hendap’.

Tembakan itu tercetus pada pukul 1 petang di lapangan terbang itu, dengan polis segera menutup kompleks tersebut dan meminta penumpang untuk membuat perlindungan.

Mereka telah dialihkan dan enggan memberi kebenaran pesawat yang sudah dimuatkan untuk berlepas. Terdapat kebimbangan akan lelaki bersenjata itu mungkin telah memasukki terminal itu dan beramah mesra antara penumpang atau pekerja. – AP

ARTIKEL YANG SAMA