Tembakan usir ‘bot penceroboh’ Utara

Tembakan usir ‘bot penceroboh’ Utara

SEOUL, 30 Jun (AFP) – Sebuah kapal tentera laut Korea Selatan melepaskan tembakan amaran hari ini untuk mengusir sebuah bot peronda Korea Utara yang menyeberangi sempadan laut barat yang menjadi pertikaian di antara kedua-dua negara, menurut para pegawai tentera.

Pencerobohan berlaku pada pukul 10:20 pagi ketika ketegangan ketenteraan meruncing di sempadan maritim Laut Kuning, medan pertempuran sekali skala antara kapal-kapal Korea Utara dan Korea Selatan, menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan.

“Bot Korea Utara belayar memasuki bahagian selatan sempadan laut, tetapi berundur selepas kapal tentera laut kami melepaskan tembakan amaran,” jurucakap kementerian itu memberitahu AFP sambil menambah butiran akan didedahkan kemudian.

Tidak jelas sama ada pencerobohan itu disengajakan. Kapal-kapal peronda Korea Utara kadangkala belayar memasuki perairan selatan untuk menjejaki kapal nelayan China yang secara haram berada berhampiran sempadan laut.

Kedua-dua negara Korea itu masih berperang dari segi teknikal sejak konflik Korea berakhir dengan gencatan senjata dan bukan perjanjian damai, dan kejadian-kejadian kecil berhubung sempadan pada masa lalu dengan cepat semakin bertambah.

Sebuah kapal perang tentera laut Korea Selatan melepaskan bedilan peluru berpandu anti kapal ketika sesi latihan di perairan timur negara itu. Gambar fail dirakam pada 19 Mei 2015. – AFP
Sebuah kapal perang tentera laut Korea Selatan melepaskan bedilan peluru berpandu anti kapal ketika sesi latihan di perairan timur negara itu. Gambar fail dirakam pada 19 Mei 2015. – AFP

Dalam bulan November 2010, Korea Utara membedil pulau barisan hadapan, membunuh empat orang warga Korea Selatan dan menimbulkan kebimbangan sebentar tentang konflik besar-besaran.

Pada Mac tahun ini, Korea Utara mengancam akan melepaskan tembakan apabila saja nampak, tanpa memberi amaran ke arah mana-mana kapal tentera laut Korea Selatan yang mencerobohi sempadan laut.

Ketegangan seberang sempadan masih tinggi tahun ini disebabkan siri-siri ujian peluru berpandu balistik Korea Utara, ancaman nuklear dan latihan tentera tahunan AS-Korea Selatan.

Pyongyang menganggap latihan bersama tentera sebagai latihan bagi serangan. Korea Selatan dan AS mengatakan latihan itu adalah semata-mata latihan pertahanan.

ARTIKEL YANG SAMA