Tembikai bentuk hati, kiub jadi rebutan

Tembikai bentuk hati, kiub jadi rebutan

TOKYO, 3 Julai (AFP) – Para pengguna Jepun biasa berbelanja besar untuk buah-buahan dan kini musim panas di sini, terdapat cara lain untuk mereka mengosongkan dompet mereka; buah tembikai berbentuk hati dan kiub.

Tetapi hasil yang mahal ini tidak dihasratkan memikat tunas rasa anda – ia lebih kepada perhiasan dari makanan piknik yang sesuai.

Di sebuah kedai mewah menjual buah-buahan di Shibuya Nishimura terletak di pusat bandar Tokyo, buah tembikai berbentuk kiub, saiznya kira-kira kepala seorang anak damit, dijual dengan harga 12,960 yen.

Tidak ada sukai? bagaimana dengan buah tembikai berbentuk hati atau piramid untuk diletakkan di atas meja kecil di bilik istirahat anda.

“Buah ini bermaksud untuk menjamu mata anda, tetapi rasa buah ini tidak begitu sedap,” akui pengarah pengurusan kanan kedai ini, Mototaka Nishimura.

Gambar dirakam pada 1 Julai 2015 menunjukkan pengarah urusan kanan Mototaka Nishimura dari kedai buah-buahan mewah Shibuya Nishimura mempamerkan beberepa jenis tembikai yang mereka jual di Tokyo. – AFP
Gambar dirakam pada 1 Julai 2015 menunjukkan pengarah urusan kanan Mototaka Nishimura dari kedai buah-buahan mewah Shibuya Nishimura mempamerkan beberepa jenis tembikai yang mereka jual di Tokyo. – AFP

“Ia seharus dipaparkan sebagai perhiasan, mungkin dicampur dengan bunga.”

Para petani menanam buah tembikai muda di dalam kontena akrilik untuk mendapatkan bentuk yang diinginkan.

Sementara harga mungkin mahal, ia sebenarnya sesuatu yang murah di Jepun yang mana orang ramai lazimnya bertukar-tukar hadiah, termasuklah buah mahal, dengan para pelanggan dan anggota keluarga beberapa kali setahun.

Pasar raya Jepun ini pada bulan April lalu mengeluarkan bayaran 300,000 yen bagi dua biji buah mangga, harga tertinggi bagi tahun kedua berturut-turut.

Buah mahal yang mesti dimiliki tahun ini adalah jenama tertentu strawberi, dengan sebuah beri yang kini dijual sekitar AS$415.

Bagaimanapun semuanya pudar dibandingkan dengan dua biji tembikai wangi berharga AS$25,000 yang dilelong pada tahun 2008.

ARTIKEL YANG SAMA