Temburong dilanda banjir kilat

Temburong dilanda banjir kilat

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 8 Jan – Sebahagian Daerah Temburong hari ini lumpuh akibat banjir kilat dengan kawasan-kawasan terjejas termasuklah Kampung Selapon, Peliunan dan Senukoh.

Banjir menenggelami sebahagian besar rumah dan harta benda penduduk di kawasan rendah dan berdekatan anak-anak sungai yang melimpahkan air setinggi 0.5 meter.

Ia juga menjejaskan aktiviti penduduk apabila sebahagian kereta terutamanya kereta salon tidak dapat melalui kawasan yang dibanjiri air.

Kelihatan sebuah kereta tenggelam hampir keseluruhan di Kampung Selapon. - Gambar oleh Norhamizan Haji Mohd Mosbi
Kelihatan sebuah kereta tenggelam hampir keseluruhan di Kampung Selapon. – Gambar oleh Norhamizan Haji Mohd Mosbi
Halaman sebuah rumah yang ditenggelami air.
Halaman sebuah rumah yang ditenggelami air.
Sebuah rumah yang dinaiki air selepas banjir kilat melanda Temburong.
Sebuah rumah yang dinaiki air selepas banjir kilat melanda Temburong.

Tinjauan penulis pada jam 12 tengah hari bagaimanapun mendapati air sudah pun mula surut dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Pihak Bomba dan Penyelamat Operasi G Daerah Temburong dan juga agensi-agensi berkaitan juga dikerahkan ke lokasi banjir kilat untuk memantau dan menangani kejadian itu.

ARTIKEL YANG SAMA