Temburong raikan Baginda Sultan

Temburong raikan Baginda Sultan

Oleh Sim Y. H, Yusrin Junaidi & Imelda Groves HA

Gambar oleh Muiz Matdani & Sim Y.H.

 

BANGAR, 21 Julai – Cuaca yang indah bagai mengundang dan membakar semangat ribuan penduduk Daerah Temburong untuk keluar bersama dan berkumpul dari awal pagi lagi untuk menjunjung keberangkatan dan menyembahkan ucapan menjunjung kasih dan taat setia kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong di Padang Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, Daerah Temburong, hari ini.

Berangkat sama ke majlis itu ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Temburong merupakan majlis yang kedua setelah Daerah Tutong, sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-70 tahun.

Keberangkatan Baginda Sultan dan kerabat diraja yang lain dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Abu Bakar bin Haji Apong dan Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud.

Baginda Sultan dan ahli kerabat diraja lain yang berangkat ke majlis itu.
Baginda Sultan dan ahli kerabat diraja lain yang berangkat ke majlis itu.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra dengan seorang kanak-kanak.
Baginda Sultan berkenan beramah mesra dengan seorang kanak-kanak.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung untuk memotong Kek Hari Puja Usia Baginda.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung untuk memotong Kek Hari Puja Usia Baginda.

pg03_160722_c

Baginda Sultan berkenan menyaksikan adat perkahwinan puak Murut.
Baginda Sultan berkenan menyaksikan adat perkahwinan puak Murut.

Baginda Sultan berserta kerabat diraja dijunjung ke Pentas Diraja dan lagu kebangsaan dimainkan yang diikuti dengan laungan Daulat Kebawah Duli Tuan Patik.

Acara diteruskan dengan sembah kesyukuran dan taat setia oleh Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd Amir Hairil yang menyembahkan bahawa seluruh rakyat dan penduduk Daerah Temburong menyembahkan ucapan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas perkenan Baginda Sultan bercemar duli dengan rakyat dan penduduk Daerah Temburong dan keberangkatan Baginda Sultan bercemar duli ke daerah itu merupakan satu saat yang sangat-sangat dinanti-nantikan oleh keseluruhan rakyat serta penduduk daerah berkenaan.

“Seperti mana jua pada tahun-tahun sebelumnya, Keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik bercemar duli ke Daerah Temburong adalah saat yang sangat-sangat dinantikan oleh seluruh rakyat serta penduduk di daerah ini, dan ianya merupakan satu manifestasi cinta dan kasih sayang rakyat kepada raja yang perkasa, yang pemedulian, yang berjiwa rakyat, yang adil lagi laila bijaksana yang setentunya akan menjadi ristaan dan kenangan terindah sehingga akhir hayat abis hamba Kebawah Duli Tuan Patik.”

Gambar atas dan bawah: Orang ramai tidak ketinggalan beramah mesra dengan ahli kerabat diraja lain.
Gambar atas dan bawah: Orang ramai tidak ketinggalan beramah mesra dengan ahli kerabat diraja lain.

pg03_160722_e

pg03_160722_f

Baginda Sultan berserta kerabat diraja kemudian dijunjung untuk menyaksikan Persembahan Padang khas yang membawa kelainan bagi 2016 iaitu mengetengahkan pondok-pondok etnik di daerah Temburong dengan bertemakan, Raja Berdaulat, Laila Perkasa dan berkonsepkan, Memperkasa Masyarakat Melalui Warisan Budaya.

Seterusnya, Baginda Sultan berserta kerabat diraja dijunjung berangkat menerima junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk Daerah Temburong di mana daerah itu merupakan daerah kedua yang menerima keberangkatan Baginda Sultan serta kerabat diraja yang berangkat bercemar duli bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk Daerah Temburong yang merupakan salah-satu acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat dan penduduk daerah berkenaan sebagai peluang untuk beramah-mesra dengan raja dan pemimpin yang amat dikasihi.

Majlis itu bukan sahaja menarik perhatian penduduk dari Daerah Temburong sahaja kerana kelihatan pengunjung dari luar negara termasuk negara jiran tidak melepaskan peluang untuk menjunjung ziarah kehadapan majlis Baginda Sultan yang disanjung tinggi serta dihormati oleh semua lapisan masyarakat baik di Brunei mahupun di luar negara.

pg03_160722_g