Tempah baju sambil beramal

Tempah baju sambil beramal

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April – Projek yang tidak melupakan anak-anak yatim di negara ini, Projek Bazar Amal ‘1 Baju 1 Senyuman’ yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara mendapat sambutan dan pujian orang ramai yang menganggap ia langkah mulia.

Salah sebuah kumpulan tausyeh di sini, Kumpulan Ar-Redhwan turut sama menyokong projek itu apabila 14 orang ahli kumpulannya menempah baju.

Menurut salah seorang ahlinya, mereka sudah pun bercadang membuat baju sekayu (uniform) sejak awal lagi dan melalui projek ini, mereka bukan sahaja berkesempatan menempah baju cara Melayu sedondon malah beramal.

Kumpulan Ar-Redhwan, sebuah kumpulan Tausyeh di negara ini telah menyokong usaha Projek Amal ‘1 Baju 1 Senyuman’.
Kumpulan Ar-Redhwan, sebuah kumpulan Tausyeh di negara ini telah menyokong usaha Projek Amal ‘1 Baju 1 Senyuman’.

“Projek ini mempunyai nilai yang sangat tinggi kerana ia bukan sahaja untuk kami, tetapi untuk anak yatim. Mana lagi tempat kitani boleh menempah pada harga biasa untuk dua pasang? Khususnya untuk kitani dan anak yatim?,” tambahnya.

“Kami ingin mengucapkan syabas kepada Battle Pro Event dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara atas usaha yang penuh berkebajikan ini. Semoga penganjur akan dapat mengadakan lebih kerap projek yang sedemikian.”