Tempahan berkurang tapi masih sibuk

Tempahan berkurang tapi masih sibuk

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari sahaja lagi, tukang jahit di negara ini semakin sibuk menyiapkan tempahan baju Cara Melayu dan Baju Kurung untuk memastikan pelanggan mereka dapat meraikannya dengan penuh gembira.

Bagaimanapun, pada tahun ini kebanyakan kedai jahit menyatakan tempahan yang diterima agak menurun berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Salah sebuah kedai jahit di Kampung Delima ketika dikunjungi Media Permata memberitahu, setakat ini mereka me-nerima tempahan sebanyak 700 helai berbanding tahun lepas iaitu berjumlah 900 helai

Manakala Bajoo Boutique, salah sebuah butik yang menyediakan pakaian desain standard dan mewah juga mengakui penurunan tempahan mereka tahun ini.

Menurut penyelia butik berkenaan, Jireh VillaFania, pada tahun ini mereka menerima tempahan 100 pelanggan sahaja berban-ding tahun lepas yang lebih daripada itu.

Jireh Villafania mempamerkan baju kurung tradisi biasa (kiri) dan moden (kanan).
Jireh Villafania mempamerkan baju kurung tradisi biasa (kiri) dan moden (kanan).
Mohammad Irshad menunjukkan pakaian cara Melayu moden yang menjadi tarikan ramai.
Mohammad Irshad menunjukkan pakaian cara Melayu moden yang menjadi tarikan ramai.

Menurutnya, antara punca penurunan tempahan itu berkemungkinan daripada jualan pakaian sudah siap, yang dijual dengan lebih murah dan memandangkan ianya boleh digunakan secara langsung.

“Sungguh pun begitu, kami tetap bersyukur dengan tempahan yang ada dan masih banyak lagi untuk disiapkan sebelum menjelangnya Aidilfitri,” katanya.

Pekerja kedai jahit Zulkader cawangan Sengkurong, Mohammad Irshad turut berkongsi bahawa kedai mereka tidak begitu sibuk pada tahun ini dan hanya mengambil sedikit tempahan pelanggan sahaja, oleh kerana kedai tersebut mempunyai banyak tempahan dalam menyediakan pakaian kerajaan dan uniform.

“Kebanyakan pakaian beruniform itu harus disiapkan sebelum menjelangnya perayaan bagi kegunaan majlis-majlis tertentu yang musim itu nanti,” kata Mohammad Irshad.

ARTIKEL YANG SAMA