‘Tempat ikonik’ untuk Olimpik 2024

‘Tempat ikonik’ untuk Olimpik 2024

ROM, 20 Okt – Rom mencadangkan penggunaan “tempat-tempat ikonik” seperti Circus Maximus bagi pertandingan bola tampar pantai dan Colosseum bagi perarakan atlet-atlet pada waktu malam, dalam usahanya membida bagi penganjuran Sukan Olimpik 2024, sekali gus meraih undian antarabangsa.

Di peringkat tempatan, pencalonan adalah bergantung ke atas projek peningkatan sivik berskala besar termasuk perkampungan atlet di pinggir bandar raya yang kemudiannya selepas sukan tersebut akan ditukar menjadi kawasan perumahan universiti dan pembesaran sebuah hospital.

Pengerusi bidaan, Luca Cordero di Montezemolo memperkenalkan perancangan perkampungan kepada dewan kuliah yang padat dengan 700 orang penuntut di Universiti Tor Vergata semalam. “Tugas kita bermula dengan orang ramai yang tinggal di bandar raya, kawasan bandaran, kejiranan dan dunia anda, universiti,” kata Montezemolo, bekas presiden Ferrari. “Kami mahu memenanginya dan menyumbang kepada kemajuan bandar raya.”

Tor Vergata terletak sekitar bulatan jalan raya Rom dan sukar dicapai dengan perhentian besar. Ia terletak di bahagian bertentangan bandar raya dari Foro Italico, yang akan menjadi hos kepada acara padang dan balapan dan renang.

“Tor Vergata terlalu jauh pada hari ini tetapi jika anda menghubungkannya dengan metro dan perkhidmatan sesuai, Tor Vergata pada masa depan tidak sukar untuk dicapai,” kata Montezemolo. “Anda tidak seharusnya menjadi wira untuk datang ke sini. Anda perlu mampu untuk sampai seperti warga lain di seluruh dunia.”

Dengan menggunakan kereta, para wartawan semalam memerlukan satu jam untuk sampai ke Tor Vergata dari Foro Italico.

Presiden Jawatankuasa Olimpik Itali, Giovanni Malago hadir lewat setengah jam, walaupun beliau mendakwa membuat perjalanan 33 kilometer dalam tempoh 22 minit dengan Maserati.

Rom akan menghoskan sukan itu pada Ogos, apabila kebanyakan penduduk sedang bercuti, yang akan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Lorong-lorong khas Olimpik juga menjadikan perjalanan lebih pantas, walaupun tidak semestinya kurang dari 30 minit perjalanan. – Agensi