Tempat memanggang era digital

Tempat memanggang era digital

VIENNA, 6 Mei (dpa) – Tempat memanggang atau dapur berbeku juga telah memasuki era digital dengan menampilkan peralatan baru, tempat memasak buatan Austria yang menggunakan arang, namun cef tetap memerlukan penyepit mereka, pencucuk daging dan apron kegemaran.

Peranti baru itu yang digelar Activegrill dihasilkan oleh Infotronik Touchscreen Systeme, membolehkan tukang masak menetapkan suhu antara 80 dan 400 darjah Celsius dengan mengawal siri lohong udara.

Tukang masak juga boleh memilih antara kepanasan langsung atau tidak langsung.

Selain itu, mereka juga boleh menetapkan kawalan serta bunyi amaran pada telefon pintar apabila suhu ideal sudah dicapai. Pembuatnya berjanji bahawa berbeku akan menjadi lebih mudah untuk digunakan dan dibersihkan.

Bergantung pada tambahannya, besi pemanggang boleh bernilai antara 5,800 dan 7,400 euro.

ARTIKEL YANG SAMA