Tempat membuang sampah perlu pagar

Tempat membuang sampah perlu pagar

PARA peniaga di Gerai Kampung Kupang, Jalan Tutong memohon agar tempat pembuangan sampah yang dikhaskan oleh Jabatan Daerah Tutong dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi supaya ditutup dengan menggunakan pagar agar orang ramai tidak membuang sampah domestik di tempat pembuangan sampah berkenaan.

Menurut seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai babu berkata, ini berikutan dengan kejadian para peniaga telah dimarahi oleh sebahagian kontraktor kerana sampah domestik dan perindustrian juga dilonggokkan di tempat tersebut.

Seorang lagi peniaga, Hajah Ros ketika menceritakan pengalaman mereka yang sudah lama menggunakan tempat pembuangan sampah tersebut menyatakan bahawa sampah sarap daripada para peniaga di Gerai tersebut tidaklah sebanyak mana. – Rahmat Haji Abdul Rahman

pg06_160201_b

ARTIKEL YANG SAMA