Tempat persembunyian pengganas ditemui

Tempat persembunyian pengganas ditemui

LONDON, 17 Mei (NNN) – Tempat persembunyian pengganas yang mengandungi bahan-bahan letupan telah ditemui di Hutan Capanagh berdekatan Larne, di Ireland Utara, menurut laporan BBC.

Tempat persembunyian itu ditemui selepas dua orang mendapati objek-objek dicurigai di hutan itu pada petang Sabtu. Bahan-bahan itu kemudian dikeluarkan oleh pihak polis bagi siasatan lanjutan.

Pihak polis sedang mencuba untuk mengesahkan sama ada ia berkaitan dengan dapatan pada bulan Mac, apabila satu tempat persembunyian pengganas yang mengandungi bahan-bahan membuat bom dan letupan dijumpai di Taman Negara Carn Funnock berdekatan Larne.