Tempias Taufan Koppu

Tempias Taufan Koppu

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Keadaan cuaca di Negara Brunei Darussalam dijangka sedikit sebanyak akan terjejas disebabkan kesan secara tidak langsung atau kesan ‘tail-end’ daripada putaran dan laluan Taufan Koppu yang diramal akan tertumpu di sekitar kawasan barat Filipina dalam tempoh beberapa hari yang akan datang.

Kejadian hujan dan ribut petir dijangka berlaku sekali-sekala terutama sehingga awal pagi pada Selasa (20 Oktober 2015). Negara juga dijangka mengalami keadaan sedikit berangin pada awal minggu depan tetapi beransur-ansur berkurangan menjelang pertengahan minggu apabila taufan tersebut terus bergerak ke arah barat.

Kelajuan angin boleh meningkat sehingga 50km/j semasa hujan lebat dan ribut petir. Keadaan laut dijangka meningkat dari paras sederhana hingga bergelora sehingga 2.5 meter terutama di kawasan luar pantai.

Orang ramai, pemandu di jalan raya dan para nelayan dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga terutama semasa berlakunya keadaan cuaca yang aktif bagi menjamin keselamatan.

Sebuah keluarga berteduh di bawah perlindungan sementara semasa angin kencang dan hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Koppu di sepanjang Roxas Boulevard di Manila kelmarin. Di Negara Brunei Darus-salam, keadaan cuaca dijangka sedikit sebanyak akan terjejas disebabkan ‘tail-end’ putaran dan laluan Koppu yang diramal akan tertumpu di sekitar kawasan barat Filipina. - AFP
Sebuah keluarga berteduh di bawah perlindungan sementara semasa angin kencang dan hujan lebat yang dibawa oleh Taufan Koppu di sepanjang Roxas Boulevard di Manila kelmarin. Di Negara Brunei Darus-salam, keadaan cuaca dijangka sedikit sebanyak akan terjejas disebabkan ‘tail-end’ putaran dan laluan Koppu yang diramal akan tertumpu di sekitar kawasan barat Filipina. – AFP
Taufan Koppu dijangka menjejaskan keadaan cuaca di Negara Brunei Darussalam.
Taufan Koppu dijangka menjejaskan keadaan cuaca di Negara Brunei Darussalam.

Jabatan juga ingin menasihatkan supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat cuaca yang tidak disahkan melalui media sosial yang boleh menyebabkan keadaan resah dan panik kepada orang ramai.

Jabatan ini akan terus memantau perkembangan dan laluan Taufan Koppu dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan nasihat dan amaran apabila perlu mengikut Prosedur Operasi Standard Jabatan.

Untuk mendapatkan maklumat cuaca terkini, orang ramai bolehlah menghubungi Pegawai Peramal Kajicuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca melalui Talian Cuaca 114, 2345567 atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn atau laman Facebook (Brunei Darussalam Meteorological Department) dan aplikasi bimbit Brunei WX.

ARTIKEL YANG SAMA