Tempoh darurat dilanjutkan 3 bulan

Tempoh darurat dilanjutkan 3 bulan

PARIS, 16 Nov (Agensi) – Presiden Perancis, Francois Hollande mahu tempoh darurat yang diisytiharkan selepas serangan di Paris diteruskan selama tiga bulan, menurut sumber Parlimen.

Tindakan itu bakal menyaksikan persidangan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berlangsung dalam keadaan darurat dengan kawalan keselamatan lebih ketat.

“Beliau memaklumkan kami bahawa beliau mahu pengisytiharan darurat berterusan selama tiga bulan,” kata seorang sumber. Sebarang lanjutan pengisytiharan darurat lebih 12 hari memerlukan kelulusan Parlimen.

Persidangan iklim PBB itu dijangka berlangsung selama 12 hari, ia akan menyaksikan kehadiran berpuluh-puluh ketua negara dijadualkan pada 30 November.

ARTIKEL YANG SAMA