Tempoh hukuman kejadian amuk dikurangkan

Tempoh hukuman kejadian amuk dikurangkan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Mahkamah Rayuan, hari ini, membenarkan pengurangan tempoh hukuman bagi seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam kejadian amuk di Hospital RIPAS pada November 2014.

Mahkamah membenarkan hukuman 30 bulan penjara dan lima sebatan yang dikenakan oleh Mahkamah Perantaraan pada November lalu ke atas Awang Abi Hurairah bin Haji Awang Mohammad, 38, dikurangkan kepada 28 bulan penjara dan tiga sebatan.

pg06_151204_mahkamah logo2

Hakim dalam mengurangkan hukuman telah mempertimbangkan perwatakan baik yang ditunjukkan oleh defendan selain mengambil kira jarak kesalahan yang dilakukannya iaitu 22 bulan selepas kesalahan pertama.

Defendan terdahulu berdepan tiga pertuduhan iaitu menggunakan kayu pemukul besbol sehingga menyebabkan kecederaan kepada Febri Handoko Putro di kantin Hospital RIPAS pada 5 Januari 2013, memiliki kayu pemukul besbol dan sebilah kapak ketika berada di Lobi 5, Bilik Kecemasan RIPAS pada 23 November 2014 dan menimbulkan kekacauan dan ketakutan di tempat awam di Lobi 5 pada tarikh yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA