Tempoh siasatan rasuah FIFA lima tahun?

Tempoh siasatan rasuah FIFA lima tahun?

ZURICH, 18 Okt – Peguam Negara Switzerland menyatakan bahawa penyiasatan terhadap dakwaan rasuah dalam badan induk bola sepak dunia yang berpangkalan di Switzerland, FIFA, akan mengambil masa lima tahun.

“Secara realistik, dalam semua penyiasatan besar, lebih lama berbanding lima tahun adalah teruk,” Michael Lauber memberitahu radio SRF dalam temu bual yang disiarkan semalam. “Ia bergantung ke atas bagaimana pihak yang terbabit dalam penyiasatan itu bekerjasama dengan peguam negara.”

Lauber bulan lalu berkata penyiasatan itu, yang bermula pada Mac lalu, belum pun mencapai separuh.

FIFA memberikan hak penganjuran 2018 dan 2022 masing-masing kepada Rusia dan Qatar adalah salah satu yang terjejas dalam penyiasatan pejabatnya.

Ia juga membuka penyiasatan jenayah terhadap Presiden FIFA, Sepp Blatter, langkah yang membawa jawatankuasa etika FIFA untuk menggantungnya. Lauber memberitahu SRF bahawa peringkat kerjasama FIFA bersama pejabatnya adalah bagus tetapi masih boleh berada dalam keadaan yang lebih baik lagi.

Dia juga berkata OAG pada masa ini tidak menyiasat bidaan bagi Piala Dunia 2006.

Minggu berita Jerman, Der Spiegel pada Jumaat lalu melaporkan bahawa pegawai-pegawai bola sepak Jerman menggunakan sana untuk memenangi undian dan mendapatkan hak penganjuran, sesuatu yang dinafikan oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), Wolfgang Niersbach semalam. – Reuters