Temu bual bantu tangkap pengedar dadah terkenal

Temu bual bantu tangkap pengedar dadah terkenal

BANDAR MEXICO, 10 Jan (Reuters) – Temu bual yang dibuat oleh bintang Hollywood Sean Penn dengan warga Mexico, Joaquin ‘Chapo’ Guzman lewat tahun lalu telah membantu kerajaan Mexico menangkap ketua kumpulan dadah terkenal di dunia itu, sumber-sumber berkata semalam.

Guzman, ketua kartel dadah Sinloa terkenal, telah diberkas di barat laut Mexico pagi Jumaat lalu dan telah dihantar balik ke penjara tempat dia melarikan diri pada Julai lalu melalui terowong semeter panjang yang terus ke sel penjaranya.

Pihak berkuasa Mexico mengetahui pertemuan antara Penn, aktres Mexico dan Guzman pada Oktober lalu dan memantau pergerakan Penn, yang membantu membawa mereka kepada sebuah ladang tempat tinggal Chapo, menurut dua sumber kerajaan.

Guzman hampir-hampir terlepas dalam tembakan tetapi serbuan itu di negeri utara, Durango adalah kejayaan besar dalam pemburuan.

Dalam artikel yang disiarkan dalam majalah Rolling Stone semalam, Penn berkata Guzman berminat membuat filem tentang kehidupannya apabila dia banyak permintaan mendatanginya dari studio filem AS selepas penangkapannya pada tahun 2014.

Pengedar dadah terkenal Joaquin “El Chapo” Guzman diiringi tentera semasa persembahan di Bandar Raya Mexico. - Reuters
Pengedar dadah terkenal Joaquin “El Chapo” Guzman diiringi tentera semasa persembahan di Bandar Raya Mexico. – Reuters

Ulasan ulangan yang dibuat oleh Peguam Negara Mexico Arely Gomez yang pada Jumaat lalu berkata bahawa ketua dadah itu menginginkan layar perak telah membantu menjatuhkan dirinya.

“Satu lagi aspek penting yang membantu menjejakinya ialah penemuan niat Guzman untuk pembikinan filem biografi dirinya.

Dia telah menghubungi pelakon-pelakon dan para penerbit, yang menjadi sebahagian penyiasatan,” kata Gomez lagi.

Aktres Mexico Kate Del Castillo yang dirinya sendiri memegang watak ratu dadah Mexico dalam drama TV terkenal telah menjadi perantara temu bual itu.

Penn berkata Guzman telah menghantar jurutera ke Jerman bagi latihan tiga bulan tentang bagaimana mengelak masalah apabila melakukan pengorekan berhampiran aras air bumi rendah di bawah penjara tempat dia ditahan untuk menyempurnakan rancangan melarikan diri.

Del Castillo, yang menjalin persahabatan yang tidak mungkin dengan ketua dadah itu, menjadi orang perantara dan membantu mengatur pertemuan dengan Penn.

ARTIKEL YANG SAMA