Temui nur Islam

Temui nur Islam

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Dua orang wanita warga Filipina telah menerima hidayah Islam dan melafazkan dua kalimah syahadah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di Bilik Al-Muhtadin, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah, hari ini.

Abigail Santos Bamba, 20, telah memilih nama Islamnya sebagai Nur Azizah Bamba binti Abdullah dan anaknya Precious Aliah Gail Bamba Espinosa, 2, yang kini dikenali sebagai Aliah Espinosa binti Abdullah.

Pengislaman kedua-dua mereka disempurnakan Pegawai Unit Pengislaman, Pusat Dakwah Islamiah.

Pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah mengesahkan sebutan dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh Nur Azizah Bamba.
Pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah mengesahkan sebutan dua kalimah syahadah yang dilafazkan oleh Nur Azizah Bamba.
Antara yang hadir pada majlis pengislaman itu, kelmarin.
Antara yang hadir pada majlis pengislaman itu, kelmarin.

Dayang Nur Azizah Bamba memberitahu, beliau telah banyak mempelajari agama Islam daripada rakan-rakan sekeliling yang membuatkan hati beliau tertarik untuk mendalaminya.

Menurutnya lagi, beliau mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam setelah banyak mempelajari mengenai agama Islam di negara ini.

Majlis pengislaman berkenaan turut diserikan dengan laungan dikir dan menabur bunga rampai kepada saudara-saudara baru tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA