Temui Outlander baru hari ini

Temui Outlander baru hari ini

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan Mitsubishi di negara ini mengalu-alukan orang ramai untuk hadir dan menyaksikan keluaran model terbaru Mitsubishi Outlander Serba Baru 2016 yang akan dilancarkan esok (27 Januari) pada jam 8 malam di The Mall, Gadong.

Pelanggan yang membuat tempahan awal membeli kereta tersebut juga akan menerima baucar membeli-belah bernilai $500 dan cenderamata jenama Outlander.

Semasa sidang media yang diadakan di Bilik Pameran GHK Motors, Beribi, hari ini, Pegawai Eksekutif Pemasaran, Matthew Low berkata, Outlander 2016 sebagai generasi ketiga, bukan sahaja sebuah kereta yang menampilkan reka bentuk luaran yang diperbaharui, tetapi juga dipertingkatkan dari segi kejuruteraan, pengalaman pemanduan, prestasi enjin dan dikira terdapat 98 jenis peningkatan berbanding model sebelum ini. Pengurus Pemasaran Mitsubishi, Awang Mohd Nazree bin Haji Abu Bakar pula menjelaskan, antara sistem keselamatan canggih yang dimuatkan pada Outlander terbaru ini termasuk Adaptive Cruise Control (ACC) dan Electronic Brake Distribution (EBD).

Mohd Nazree (kanan) bersama Matthew Low (kiri) menerangkan model terbaru Mitsubishi, Mitsubishi Outlander.
Mohd Nazree (kanan) bersama Matthew Low (kiri) menerangkan model terbaru Mitsubishi, Mitsubishi Outlander.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sistem Brake Over Ride (BORS) sebagai sistem yang pintar dalam waktu panik, yang mana pemandu biasanya menekan minyak dan brek sekali gus, secara automatik penekanan minyak akan dibatalkan dan sistem brek mengambil alih, jelas beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut mengenai kereta tersebut, pelanggan bolehlah mengunjungi bilik pameran Mitsubishi atau menghubungi talian 2423423 semasa waktu bekerja atau mengikuti laman Facebook https://www.facebook.com/mitsubishimotorsGHK.

ARTIKEL YANG SAMA