Temui Ustaz Don Daniyal

Temui Ustaz Don Daniyal

Oleh Sim Y. H.

 

pg02_150605_a

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun – Bagi memeriahkan lagi dan sebagai kesinambungan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan ke-4, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan akan mengadakan Majlis Perhimpunan Khas mengenai sambutan itu dengan mengetengahkan penceramah undangan dari Malaysia, Ustaz Don Daniyal bin Don Biyajid di keempat-empat daerah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEU, hari ini, majlis perhimpunan yang akan diadakan di keempat-empat daerah itu akan bermula di Daerah Brunei Muara iaitu pada 8 Jun, 8.30 pagi di Stadium Tertutup Hassanal Bolkiah, Berakas dan 8 malam di Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Manakala, bagi Daerah Belait, ia akan diadakan pada 9 Jun di Pusat Insani Seria bermula 8 pagi, di Daerah Tutong juga pada hari yang sama di Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong jam 1.45 petang dan Daerah Temburong pula pada 10 Jun di Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong jam 8 pagi.

Sehubungan dengan itu, Ahli Jawatankuasa Majlis Perhimpunan Khas Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan ke-4 mengalu-alukan dan mempersilakan orang ramai berserta keluarga masing-masing untuk hadir mendengar ceramah ugama yang akan disampaikan pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan di keempat-empat daerah.

ARTIKEL YANG SAMA