Tenaga pengajar MKJB terima sijil tamat latihan

Tenaga pengajar MKJB terima sijil tamat latihan

Oleh Hajah Saemah Kepli

SERIA, 12 Feb – Seramai 11 orang tenaga pengajar IBTE Kampus Maktab Kejuruteraan Jefri Bolkiah (MKJB) yang menamatkan Program Penempatan Kerja di Syarikat Brunei Methanol Sendirian Berhad (BMC), telah menerima sijil penghargaan mereka, di sini.

Majlis yang berlangsung di BMC itu telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengurusan Eksekutif BMC, Takatoshi Shida dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil tamat latihan kepada tenaga-tenaga pengajar yang terlibat dalam program berkenaan.

Program yang diadakan selama dua bulan itu adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif serta Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat itu selaras dengan Wawasan Brunei Darussalam 2035 untuk terus menyokong pembangunan pendidikan teknikal di negara ini menerusi program-program penempatan pekerjaan dalam industri minyak dan gas.

Syarikat BMC Sdn Bhd sudah pun menjadi hos kepada seramai lebih 80 orang pelajar latihan industri sejak penubuhannya pada tahun 2010.

Antara tenaga pengajar yang telah menamatkan latihan penempatan kerja di Syarikat BMC Sdn Bhd.
Antara tenaga pengajar yang telah menamatkan latihan penempatan kerja di Syarikat BMC Sdn Bhd.