Tenis: Amaran buat ‘NextGen’

NEW YORK, 12 Sept – Gelaran ketiga Terbuka AS dan Grand Slam ke-16 yang dijuarai Rafael Nadal bermakna ia adalah persekitaran tidak asing bagi tenis lelaki dan satu kejutan membimbangkan dalam “City That Never Sleeps” bagi generasi seterusnya.

Pemain dari Sepanyol itu berusia 31 tahun itu menewaskan Kevin Anderson untuk memastikan bahawa lima pertandingan terakhir telah dimenangi oleh pemain lelaki berusia lebih 30 tahun.

Sejak Wimbledon pada 2003, catatan luar biasa 53 dari 58 pertandingan Slam sekarang dimenangi lima lelaki iaitu Roger Federer (19), Nadal (16), Novak Djokovic (12) dan Andy Murray dan Stan Wawrinka masing-masing tiga.

Untuk mengukuhkan tarikan dan dominan mereka, Federer dan Nadal berkongsi empat Slam pada 2017, Federer menewaskan Nadal di Terbuka Australia sebelum memenangi rekod kelapan Wimbledon.

Nadal memenangi Terbuka Perancis ke-10 sebelum menambah satu lagi gelaran AS pada Ahad lalu.

Rafael Nadal ketika memegang trofi kejuaraan selepas menewaskan Kevin Anderson di final Terbuka AS. – AP

Federer dan Nadal masing-masing memenangi lima gelaran bagi 2017, menarik bagi dua lelaki yang masing-masing berada di ranking 16 dan sembilan pada akhir 2016.

Dengan Murray, Djokovic dan Wawrinka berehat kerana kecederaan, Terbuka AS adalah pertandingan di mana “NextGen” akan menghasilkan petanda. Bagaimanapun, ia adalah dua minggu yang sukar bagi kebanyakan pemain muda.

Alexander Zverev dari Jerman, yang berada di kedudukan keempat, tewas pada pusingan kedua kepada Borna Coric biarpun tiba di New York dengan lima gelaran, termasuk persediaan Terbuka AS di Montreal.

Persembahan Slam terbaik pemain berusia 20 tahun itu, masih dalam pusingan keempat di Wimbledon.

Nick Kyrgios dari Australia tewas pada pusingan pertama kepada pesaing John Millman sementara pilihan keenam Dominic Thiem, 24, melepaskan dua mata penamat dalam kekalahan lima set pada pusingan keempat kepada Juan Martin del Potro. Namun masih terdapat harapan bagi bintang-bintang masa depan.

Frances Tiafoe, 19 dan berada di ranking 70 di awal pertandingan, mengheret Federer hingga ke lima set pada pusingan pertama. – AFP