Tentang penyeludupan gading

Tentang penyeludupan gading

BANGKOK, 26 Ogos (AFP) – Thailand memusnahkan lebih dua tan gading hari ini – satu kemenangan untuk kumpulan hak haiwan yang menentang perniagaan tersebut di sebuah negara yang terkenal kerana menjadi pusat untuk gading haram.

Upacara itu, di mana 2,155 kilogram gading dan barang kodi berukir dimasukkan ke dalam penghancur batu industri sebelum dibakar, dipengerusikan oleh pemimpin junta Thai Prayu Chan-O-Cha dan merupakan kali pertama negara itu mengambil langkah untuk memusnahkan sebahagian daripada simpanan stoknya.

“Ia bertujuan menunjukkan keazaman kerajaan Thailand untuk menentang penyeludupan gading dan Thailand akan mematuhi undang-undang antarabangsa,” kata beliau pada upacara itu.

Aktivis hak haiwan telah lama menuduh pentadbiran awam dan tentera Thailand menutup mata kepada perniagaan menguntungkan itu.

Mereka telah mendesak Bangkok supaya memusnahkan simpanan stoknya untuk menandakan keazamannya untuk menghapus perniagaan itu dan mengelak risiko gading yang dirampas daripada memasuki semula ke pasaran gelap menerusi pegawai korup.

Gading-gading yang dikumpul sebelum dimusnahkan oleh pihak berkuasa. – Reuters
Gading-gading yang dikumpul sebelum dimusnahkan oleh pihak berkuasa. – Reuters

Perniagaan dalam gading diharamkan pada 1989 di bawah Konvensyen Perniagaan Antarabangsa dalam Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES). Namun ia tidak menghalang geng penjenayah daripada mengeksploitasi permintaan berterusan untuk gading di Asia.

Gading dan bahagian tubuh badan gajah adalah bernilai sebagai perhiasan, sebagai azimat dan digunakan dalam ubat tradisional di seluruh kawasan Asia dengan Thailand menjadi tempat transit utama.

Jeneral negara, yang merampas kuasa dalam satu rampasan kuasa pada musim bunga lalu, telah berikrar akan bertindak keras ke atas perniagaan gading haram.

Pada awal tahun ini, mereka mengarah kesemua warga Thailand supaya mendaftar mana-mana gading yang dimiliki oleh mereka, mengingatkan sesiapa yang gagal melakukannya akan melihat barangan mereka dirampas.

Mereka juga telah melakukan beberapa siri rampasan besar termasuk empat tan gading yang ditemui tersembunyi dalam kontena pada April yang berasal dari Republik Demokratik Congo dan dalam perjalanan ke Laos.