Tentera Afghan bunuh 2 pemimpin Taliban

Tentera Afghan bunuh 2 pemimpin Taliban

KABUL, 29 Mei – Dua pemimpin Taliban tempatan terbunuh semalam selepas tentera Afghan menyerang tempat persembunyian militan di wilayah selatan Uruzgan, kata Kementerian Pertahanan negara itu hari ini.

Tentera Negara Afghan menyerang hendap tempat persembunyian Taliban di daerah Chora dengan beberapa tembakan meriam, membunuh Maulawi Jan Aqa, gabenor Taliban bagi wilayah jiran Daykundi, dan Assadullah alias Shekaib, ketua suruhanjaya tentera Taliban di Uruzgan, kata kementerian itu dalam satu kenyataan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA