Tentera Algeria tangkap 34 suspek pengganas

Tentera Algeria tangkap 34 suspek pengganas

ALGIERS, 27 April – Kementerian Pertahanan Algeria berkata semalam bahawa pasukan tentera telah menahan seramai lebih 34 individu atas tuduhan menawarkan sokongan kepada kumpulan pengganas di wilayah Tizi Ouzou dan El-Oued.

Kementerian itu berkata dalam satu kenyataan bahawa operasi itu adalah sebahagian daripada perjuangan mereka menentang keganasan dengan hasil kerjasama pasukan polis, sambil menambah bahawa 32 individu telah ditahan di El-Oued, 750 kilometer ke tenggara Algiers, sempadan berhampiran dengan Tunisia dan Libya; dua yang lain telah ditangkap di Tizi Ouzou, 120 kilometer ke timur Algiers.

Negara Afrika Utara telah mengerahkan tentera di sempadan timur untuk menggagalkan pencerobohan militan dan bersenjata, ini kerana keadaan keselamatan yang tidak stabil di negara jiran Tunisia dan Libya.

Walau bagaimanapun, militan yang bergabung dengan Islamic State (IS) dan al-Qaeda di Maghribi (AQIM) masih berlindung di dalam hutan di wilayah tengah. – Xinhua